06 July 2012

Kem Motivasi Ibadah

Assalamualaikum para syuhada,

Alhamdulillah jantung ana diizinkan Allah SWT masih berdegup lagi untuk ana meneruskan pendekatan di blog ini. Syukur ana dikurniakan sepasang ibu bapa yang soleh dan solehah, adik-adik yang sangat taat kepada-Nya, sahabat-sahabat yang sangat memahami dan taat akan suruhan-Nya.

Ana minggu ini dan juga semester ini sangat sibuk dengan aktiviti dan persatuan yang tak habis-habis berkumandang di KUIS. Bersama assignment yang mencabar otak lagi fikiran. Ana laksanakan tanggungjawab dan amanah supaya ana fokus akan matlamat yang sebenar.

Kali ini ana diajak oleh sahabat seperjuangan dan dijemput untuk mengikuti Kem Motivasi Ibadah. Kem ni dianjurkan sendiri oleh mereka. Ana cuma dijemput sebagai Biro Teknikal dan Multimedia kerana bakat itu ada kurniaan-Nya.

Sebelum ini ana cuma tolong-tolong sahaja design untuk name tag, buku aktiviti dan logo. Tapi tak disangka dengan appreciation mereka menjemput ana untuk menjadi salah satu fasilitator. Alhamdulillah, ana memang suka sangat dengan aktiviti macam ni. Program yang bukan sahaja memberi kesan pada kanak-kanak tapi pada diri kita sendiri. Insan yang terpilih.

Haaa nak tengok design yang ana buat, tak sehebat mana kerana ana tidak sempurna. Akal fikiran ini dikurniakan untuk ana guna sebaik mungkin dan menjadi kreatif seadanya.

Ana harap program besok dan juga Sabtu berjalan dengan lancar degan izin Allah SWT. Semoga program ini memberi kebaikan untuk pelajar-pelajar dan juga kami semua.

Ini salah satu design untuk name tag. Lihat nama ana tu! Heee :D




Comel tak? Ini kira logo atau tema yang digunakan.

4 comments:

wan niahix said...

semoga program yang dianjurkan berjalan dengan lancar...

"keep smiling"
^_^

-Wan Niahix-

i'm ezza haniza said...

kieraa :) satu header. kite tak de header. kihkihh..ukhti kiera jadi fasi jangan garang2..

Kiera Zainal said...

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sukses sekali.

Kiera Zainal said...

Boleh boleh. Ana boleh buatkan bila-bila masa shj.