11 April 2012

Jangan Datang Lagi !

Sedangku melewati petang yang hening. Sejuk menikam jiwa tatkala baru mandi pada waktu tu. Relaks menonton paranormal activity 3. Tiba-tiba terasa katilku bergoyang. 1min... 2min...3min...4min...berhenti!

Kehadiran yang sedikit itulah menggemparkan dunia kita hari ini. Tsunami melanda lagi!!?? Gempa bumi muncul dulu. Lalu bencana besar bakal menyusul. Berderau jantungku tatkala mendengar berita dan perasaan sekejap tadi. Ingin rase lari dari dunia ni. Tak sanggup berterusan tinggal dengan kejadian yang bakal menimpa.

Sebak datang bertali arus. Keluarga jauh dimata. Satu di Pahang, satu lagi di Johor. Jauhnya... Takut tak sempat mengucup  kedua dahi mereka. Tak sempat memohon maaf menghabiskan sisa-sisa hidup bersama mereka. Ya Allah ampukanlah segala dosaku.

Mengingatkan orang yang aku sayang. Orang yang aku care. Orang yang aku nak sangat jumpa. Takut tak sempat bersua sekali lagi. Aku nak kau tahu. Aku sayang kau sangat. Aku menanti untuk bertemu tapi takut tak sempat. Aku sayang kau kawan. Aku sayang kau wahai cinta. Aku sayang kau wahai crush.

10 April 2012

Happy Birthday

Sudah sekian lama. Lama sangat.....aku tak online. Bukan aku taknak tapi aku tak boleh. Sebab jujurnya aku takde internet. Tak macam dulu. Internet tu dunia aku. Sekarang, banyak halangan yang berlaku. Tipu internet tu tak penting. Tipu internet tu useless. Sejak aku tak melayari aku banyak hilang kawan aku. Aku renggang dengan kawan aku. Aku dah tak boleh jumpa diorang lagi sejak aku pindah. Aku tak tahu perkembangan hidup diorang. Malah harijadi pon aku lupa. Terima kasih pada facebook sebab sering mengingatkan aku. Tapi memang lama sangat aku tak online. Aku tak patut buat macam tu. Kadang-kadang aku perlu. Tapi aku selalu sibuk. Sangat sibuk. Maafkan aku kawan. Maafkan saya awak. Takde niat aku nak lukakan hati sesiapa. Aku ingat pada korang. Rengangan waktu dan jurang jarak memisahkan kita semua. Aku sedih kerana hidup aku tak seperti dulu. Aku rindu kawan-kawan. Aku rindu semua orang.

Ya Allah, satu hari nanti Engkau temukanlah aku dengan mereka. Hati ini tak membendung betapa rindunya aku pada mereka. Sedihnya hati ini tak dapat diruntun. Malangnya nasib begitulah takdir. Aku bersyukur dengan apa yang Engkau tentukan. Amin.




SELAMAT HARI JADI
27/3 - Akmal Thariq Ashiddiqy
30/3 - Zulfahmi Abidin
10/4 - Dianah Jahidi
10/4 - Azim Raihan

08 April 2012

Aku sedih

Sudah sekian lama aku tak menulis di blog. Sangat lame. Aku rindukan zaman itu. Zaman yang penuh semangat. Zaman baru nak menapak. Zaman aku bertemu ramai kawan. Zaman aku bertemu sidia. Dunia maya inilah yang menemukan aku dan dia. Aku rindu saat tu. Zaman hati ku tak diambil orang. Pertama kali aku berkenalan dengan dia. Kami terus bertekak walau tak mengenali antara satu sama lain. Tapi itu tak menghalang kami untuk lebih rapat. Sangat rapat dan aku mula suka pada dia. Aku harapkan hubungan kami lebih dari itu. Tapi hati aku tak pasti. Aku tak tahu boleh ke. Kerana ketika itu aku pun masih dalam kekeliruan. Baru lepas kekecewaan dengan cinta yang kecundang. Apakan daya hatiku ini sangat lemah dan tidak berdaya melawan takdir tuhan.

Sehinggalah aku bertemu muka ke muka dengannya. Pertemuan paling bahagia buatku. Perubahan pada hati yang buat aku mendustai cintaku. Aku tak patut tapi takdir telah menentu. Aku rasa bahagia disampingnya. Aku rasa dihargai disampingnya. Aku rasa dialah segalanya. Tapi takdir selalu memisahkan kami. Aku tak dapat teruskan perasaan enak tu. Kami terpisah lagi.

Buat kali keduanya aku bertemu sidia. Dia melayan aku seperti biasa. Sama dengan pertemuan kedua. Tidak pernah aku rasa sebegini. Dia betul buat aku perempuan paling bertuah dimuka bumi ni. Aku sangat rindu saat itu lagi. Kalau boleh diputarkan masa. AKu aku ubah segalanya. Tapi itu ketentuan Maha Esa. Aku tak boleh menidakkan takdir itu. Biar kami bertemu dijalan Mu. Jalan yang diredhai. Satu hari nanti. Kelak. Akan.

Aku sedih.

20 March 2012

Kecomelan Melampau

Sila layan dua video untuk kecomelan tahap maksima dan awesomeness ni. Aku nak pergi bilik air jap. Melabur saham yang tertunggak. Byes and enjoice~



Rindu

Assalamualaikum semua,

Nampaknya ade yang sedang merindui aku. Aku erk? Aku ke or blog aku? Heee semestinya penulisan aku di blog. Yeah memang tak disangkal yang aku sangat-sangat rindu blog ini. Memandangkan aku final last week, memang tak berkesempatan langsung untuk menulis ape-ape ataupun review sejadah haram pun. Minggu ni pun dah officially aku memulakan short sem. So far takde ape yang best pun. Same jek hidupku seperti hari-hari yang lain.

Dalam pada menunggu short sem bermula, adelah beberapa aktiviti aku penuhi dengan memenatkan kaki berjalan-jalan disekitar KL. Aku tak duduk bangi macam selalu tapi aku lepak di kajang menetap bersama atok ku tersayang. Kelmarin aku menjejakkan kaki pertama kali ke Wangsa Walk. Such an interesting place and thanks for the one who bring me there. #FS. Enjoy it every second time!

Hari isnin pula aku ke Jalan TAR dan Masjid Jamek untuk memenuhi tuntutan wanita melihat barang yang cantik dipandangan mata. Sambil mencuci mata sambil mengeluarkan modal. Habis kopak! Kekanda hati pulak jauh dipandangan mata. Lebih seminggu dia ke bumi kenyalang, Sarawak menjalankan tugas apa yang patut. Jangan kau menggatal sudah wahai cinta. But i really miss u lover.

Ni nak tunjuk sikit trailer short film projek yang dibuat oleh kawan batch aku. Filemnye tak tahu laa macam mane. Tapi dari nampak gayenya macam best. Nanti lah aku try usha film diorang tu. Apepon enjoice!




04 March 2012

Fever Make Me High

Assalamulaikum semua,

Niat dihati memang nak update blog dengan entri-entri baru. Dengan tuhan punya kuasa boleh demam pulak semalam. Tak larat nak bangun, badan sejuk habis, kepala sakit gila, badan pun sakit-sakit. Terus lepak jek atas katil berkelubung macam pocong. Memang parah. Pagi ni baru rase ok sikit lepas makan panadol 6 bijik dan bergelas-gelas air masak. Badan terus berpeluh-peluh  tak berhenti. Alhamdulillah. Bila dah lama tak demam rasa nak meraung pun ade. Kalau lah bersama ibu tersayang mesti dia masak sedap-sedap bila orang sakit. Miss my mom. Huk huk T_T

Dalam pada terlantar tu ada gak layan video. Sejak kelmarin aku tak habis-habis lagi melayan video make-up tutorial oleh Promise Tamang Phan ni. Nak tau kenapa aku asyik layan tutorial dia jek? Sebab die sangat AWESOME mekap berubah jadik macam-macam. Contohnya: Angelina Jolie, Taylor Swift, Drake, Avatar, Elf Princess, Megan Fox and macam-macam lagi. memang dia mekap hampir serupa dengan semua orang yang aku stated kan tu.

Sila layan dengan puas video tutorial Tamang Phan ni. Tak lupa jugak yang dia ni adalah adik ipar kepada Michelle Phan yang famous tu. Yang jugak terkenal dalam youtube kerana membuat make-up tutorial sampai berjuta-juta viewer. Subscribe channel Promise Tamang Phan ini kalau korang nak belajar mekap yang awesome dan fabulous.

Banyak lagi video di channel dia. Enjoice peeps!






I WISH I CAN MAKE-UP LIKE HER.

02 March 2012

Happy March 2012

Habis sudah dua paper. Baru lah boleh tarik nafas lega dan boleh meneruskan aktiviti blogging aku. Kita sudah masuk bulan Mac sudah. Tak sangka cepat masa berlalu. Dah 3 bulan kita dalam 2012. Aku akan teruskan usaha meneruskan hidup yang semakin down hari demi hari. Tapi demi semangat yang ada aku buat yang terbaik.

HAPPY MARCH MONTH ALL PEEPS!


Nak bagi korang layan ini video yang super awesome. Kembali ke nostalgia kanak-kanak anda. Tapi dalam version yang lebih thriller, dewasa dan best tahap melampau. Enjoice guys~

Epic Video Win 

Just for the short entry to make people know that i'm still alive you scumbag!